Sunday, June 13, 2010

Publisiti Murahan Oleh PKR

Pengumuman PKR Perak tentang 3 Adun Umno nak melompat parti menyertai PKR umpama cerita budak gembala kambing, serigala dan orang kampung.

Dalam kisah tersebut, 2 kali budak gembala kambing melaung bahawa serigala menyerang kambing2 gembalaannya. Penduduk kampung yang prihatin keluar untuk membantu, rupanya hanya sandiwara budak tersebut.

Bila kali 3, perkara tersebut benar2 terjadi, ketika itu tiada siapa pun percaya dengan laungan budak tersebut.

Malangnya bagi PKR, hatta panggilan ke sepuluh pun, saya beranggapan itu adalah panggilan atau hanya omongan kosong daripada PKR.

PKR seperti yang kita kenali suka mencari publisiti murahan. Contohnya, ada khabar mengatakan ada pemimpin besar umno yang bakal menyertai PKR tetapi akhirnya hanya pemimpin yang dah bersara, yang kecewa dengan umno, yang tiada pengikut yang menyertai PKR.

Begitu juga dengan kes di Perak, jika ia pun benar2 berlaku . Mengapa perlu di buat publisiti murahan dengan menyebarkan perkara tersebut.

Bahkan Adun umno yang dah buat pengumuman menyertai PKR pun masuk semula menyertai umno. Apatah lagi, Adun Umno yang belum berbuat apa2 pengumuman.

Bagi saya, ini adalah kerja bodoh orang2 PKR, yang kelak akan memakan diri sendiri.

Usah bermimpi untuk menawan Perak dengan Adun lompat. Tunggu sahaja pilihanraya yang bakal dilangsungkan pada PRU 13 nanti.

Apa jaminan mereka tidak akan melompat kembali menyertai Umno seperti berlaku semasa Pakatan Rakyat memegang tampuk pemerintahan

Usah bermimpi di siang hari...

Friday, May 14, 2010

Di mana silap PKR

PKR sebagai salah satu komponen pakatan rakyat semasa berlakunya Tsunami 2008 telah dilanda pelbagai masalah.

Bermula dengan isu konspirasi terhadap Anwar dan di ikuti dengan kejatuhan perak. Seterusnya, kes lompat parti melanda parti tersebut.

Seolah-olah dibayangkan memang wujud masalah dalam parti tersebut.

Yang aku faham, tiada apapun masalah di dalam parti tersebut disebabkan oleh orang luar.

Semuanya berkisar tentang mentaliti orang2 PKR sendiri dan kesilapan dalam memilih calon semasa pilihanraya 2008.

Keinginan untuk melawan BN satu lawan satu pada pilihanraya 2008 mengundang padah kepada PKR.

Calon yang dipilih tidak langsung mempunyai kredibiliti, penjual sayur, penjual ikan, peniaga pasar malam telah dipilih menjadi calon.

Akibatnya, semasa hari penamaan calon. Ada calon PKR tidak hadir langsung memberikan kemenangan mudah kepada calon BN.

Sebaik sahaja memenangi pilihanraya, wakil2 rakyat PKR yang tidak bersekolah tinggi, yang mempunyai hutang yang banyak, loyar buruk mula memasang angan2 nak jadi menteri, nak kaya cepat dan sebagainya.

Maka sebaik sahaja di datangi oleh BN yang sememangnya suka memberi rasuah maka mereka gelap mata maka berlakulah kes lompat parti.

Ini tidak terjadi kepada parti PAS di kelantan walaupun hanya 1 kerusi, PAS mampu bertahan.

Diharapnya, PKR akan memilih calon2 yang berwibawa untuk bertanding pada PRU13.

Jika tiada calon yang berwibawa, maka serahlah kerusi tersebut kepada parti2 kawan seperti DAP dan PAS. Jangan terlalu tamak menginginkan kuasa.

Saturday, May 8, 2010

Apa sudah jadi dengan polis

Apa yang sudah terjadi dengan PDRM.

Selepas kejadian menyayatkan hati di Shah Alam yang melibatkan kematian remaja bawah umur.

Polis peronda malam tadi melepaskan tembakan ke arah motosikal remaja yang enggan berhenti seperti diarahkan.

Tidak kah mereka sedar kes yang berlaku, kes di Shah Alam yang melibatkan adik Aminul Rasyid dalam siasatan panel khas.

Tetiba kita dikejutkan dengan satu lagi kes tembakan oleh polis seperti laporan di dalam Malaysiakini.

Rasanya sudah tiba masanya agar satu badan pemantau bebas dan tetap ditubuhkan untuk mengawasi perjalanan operasi serta kebajikan polis.

Badan ini perlu antaranya ialah:

1) memastikan mereka yang benar2 layak dari segi mental, fizikal dan akademik di ambil menganggotai pasukan polis agar penilaian rasional dapat dilakukan.

2) memantau operasi dan prosedur polis dari masa ke semasa.

3) menjaga kebajikan anggota polis. kalau kerajaan kira dengan menaikkan gaji setiap tahun boleh menghilang tekanan kerja, kerajaan adalah silap. Kebajikan daripada segi beban tugas juga perlu dikurangkan.

Manakala para anggota yang sedang bertugas, mereka perlu dihantar untuk menjalani latihan, displin dan kursus agar mereka dapat membezakan di antara penjenayah sebenar @ orang awam yang melakukan kesalahan kecil undang2.

Saya pun pernah lari bila dikejar polis pada zaman remaja, takda la pula, polis di zaman saya remaja melepaskan tembakan. Bila dapat tangkap, hanya nasihat dan amaran sahaja diberikan. Tiada kena pukul dan sebagainya.

Pelik sungguh polis zaman sekarang, lari je daripada polis terus kena tembak. Pernah juga saya lari daripada sekatan jalanraya, takda pun polis yang menyekat tu melepaskan tembakan.

Harap abg2 polis, bertindaklah secara rasional.

Walau bagaimanapun, saya sedar hanya segelintir sahaja yang bermasalah. Sebahagian besar abg polis masih boleh mempertimbangkan baik atau buruk serta menjaga kebajikan rakyat seluruhnya.

Janganlah kerana tekanan kerja menyebabkan ada orang awam yang melakukan kesilapan kecil jalanraya boleh mati di tangan abg polis lagi..

adios

Monday, May 3, 2010

Bila Menteri UMNO bercakap?

UMNO seperti sebahagian rakyat malaysia sebahagian parti perkauman melayu yang terbesar di Malaysia.

Dasar2 parti tersebut konon untuk menjaga melayu walaupun melayu yang mendapat banyak faedah ialah melayu Umno bukan melayu Pas, PKR dan sebagainya.

Oleh itu, boleh lah kita andaikan bahawa Umno hanya menjaga kepentingan melayu dalam Umno bukan melayu secara keseluruhan.

Yang aku geram dengan Umno, bila dia main sentimen kenegerian plak.

Kalau main sentimen perkauman memang kita faham lah Umno tu memang menjaga kepentingan melayu Umno.

Tetapi jika Umno main sentimen kenegerian, apa hal?

Umno nak jadi parti untuk negeri2 tertentu sajakah. Jangan lupa di negeri Kelantan, terdapat 2 orang ahli parlimen Umno-BN dan 6 Adun Umno-BN.

Yang bangang dok sebut "Nik Aziz yang bawa perangai orang kelantan"

Kalau benci pun kat Nik Aziz, jangan dok sebut seolah2 orang kelantan tu jahat.

Ingat, ada juga orang kelantan yang mengundi Umno-BN.

Apa bangang punye menteri, dah la rasis di tambah dengan sentimen negeri melampau.

Kalau takda orang kelantan yang undi Umno-BN takkan ada 6 Adun dan 2 ahli parlimen Umno di Kelantan.

Ada je orang kelantan yang suka dengan Umno

Jangan kerana sentimen kenegerian yang disebut dek kebangangan menteri tersebut. Bila PRU 13 nanti, langsung tiada kerusi Umno-BN.. Nanti Umno berkubur tidak bernesan di Kelantan.

Kekalahan Umno di Kelantan semasa PRU-12 pun, bukan sebab tsunami 2008 tetapi kerana ada pemimpin pemuda yang tidak dilantik menjadi menteri. Datang ke kelantan nak tunjuk "agah". Padan lah, Umno kalah teruk di Kelantan masa tu.

Ne pun disebabkan ada menteri Umno yang bangang dok main sentimen kenegerian.. Umno boleh berkubur tak bernesan di Kelantan.

Bukan apa, aku kesian kat tok pa, dato' alwi kerana mereka ni orang umno yang aku respek dan aku sanjung.

Jaga mulut wahai pak menteri, bercakap guna akal dan minda bukan ikut sesedap rasa..

Patut lah negeri sendiri yang teguh di belakang BN dulu boleh terlepas kepada PR.

adios

Thursday, April 29, 2010

Nasi Lemak

Hanya sekadar berkongsi tentang nasi lemak di Hotel Equatorial Cameron Highland..

Sedap memang sedap. Saya pernah cuba untuk pertama kali pada tahun 2007, bila saya cuba makan lagi baru- baru ini di sana pada 20 April 2010.

Rasa nasi lemak di situ tetap sama seperti dulu.

Apa resipi dan rahsianya, tidak saya ketahui?

Harap2 resipinya halal di sisi Islam.

Saya rasa jika nasi lemak macam tu dijual di mana2 kedai nasi, maka sambutan pasti hangat

Wednesday, April 28, 2010

Hulu Selangor Pasca Pilihanraya

Sepertimana yang kita semua maklum bahawa pilihanraya kecil Hulu Selangor sudah tamat pada 25 April 2010.

Keputusan jelas sekali memihak kepada Barisan Nasional (BN) dengan majoriti undi sebanyak 1,725 undi mengatasi Pakatan Rakyat (PR).

Sebagai pihak yang kalah, pelbagai analisis dikemukakan oleh PR tentang kekalahan mereka. Pastinya mereka menuding jari kepada BN tentang kekalahan tersebut tanpa melihat kelemahan diri sendiri.

Memang di akui, BN telah mengunakan segala jentera yang ada untuk memenangi pilihanraya tersebut. Namun, kemenangan sebanyak 1,725 undi tidak memadai dengan usaha-usaha yang BN lakukan untuk memenangi pilihanraya tersebut.

Ini kerana, Timbalan Pengerusi (TP) - BN telah meletakkan KPI sebanyak 6,000 undi manakala Pengerusi BN meletakkan sasaran 8,000 undi.

Apapun, tahniah untuk BN atas kejayaan tersebut. Walaupun pelbagai tuduhan dilontarkan oleh PR. Menang tetap menang walaupun mungkin mengunakan taktik kotor. Taktik tidak penting, yang penting adalah menang walaupun satu undi.

Masalahnya dengan PR, sukar menerima kekalahan terutama PKR. Bukankah sudah biasa pembangkang kalah. PAS berjuang selama hampir 50 tahun manakala DAP hampir 30 tahun. Sentiasa saja kalah.

Kalah tidak sepatutnya mematahkan semangat dengan membuat kenyataan kebudak-budakan. Terima dengan hati terbuka, simpan tenaga untuk berjuang di kemudian hari.

Saya juga turun ke Hulu Selangor walaupun saya bukanlah ahli mana2 parti politik tetapi saya seorang yang amat berminat dengan politik, mengikut perkembangan dan sebagainya.

Saya turun ke Hulu Selangor selama 3 hari berturut-turut. Walaupun, saya tidak berkemampuan untuk membuat analisis politik yang mendalam kerana saya bukan penganalisis politik seperti orang lain yang hebat2 semuanya.

Saya ingin berkongsi bahawa memang saya dapat rasakan PKR akan kalah berdasarkan pemerhatian saya ketika kempen pilihanraya.

Jika ada unsur sabotaj di dalam PKR, mungkin ia berlaku berdasarkan pemerhatian tersebut. Malah orang yang dituduh mensabotaj calon PKR - dato' zaid ibrahim tidak mengeluarkan sebarang kenyataan.

Adakah benar perkara tersebut?

Adakah DSAI berani mengambil tindakan terhadap orang yang dituduh mensabotaj?

Kita tunggu dan lihat...

Sementara itu, pilihanraya Sibu semakin hampir, maka lebih baik ditumpukan segala sumber untuk melawan BN di Sibu daripada mengeluarkan kenyataan menyalahkan BN itu dan ini.

Terimalah hakikat rakyat Hulu Selangor memberi peluang untuk BN yang mungkin mampu berubah.

Tumpukan kepada rakyat Sibu yang mungkin mahu bersama2 PR untuk menyelamat Malaysia daripada segala kebobrokan yang ada dengan sistem sekarang.

Berubah mengambil masa untuk menjadi elok, untuk cepat berubah. Sebab ada yang ingin kekal status-quo. Oleh itu, lebih baik kita tukar kepada entiti lain yang dirasakan lebih elok.

adios