Sunday, September 11, 2011

Caj Prabayar 6% dan Reaksi Kerajaan

Lucu sekali mendengar dan membaca ulasan daripada menteri-menteri umno. Macam badut pun berkaitan dengan caj pra bayar dimana 3 telco utama mengenakan caj sebanyak 6% kepada para pengguna pra bayar.

Mana tidak lucunya, ura-ura untuk mengenakan caj 6% ini telah dibincang dan diumumkan di akhbar-akhbar beberapa bulan sebelum ini. Namun kerajaan mengambil langkah memekakkan telinga dan membutakan mata tentang cadangan tersebut.

Oleh itu, syarikat-syarikat telekomunikasi yang memonopoli perkhidmatan mengambil langkah mengenakan caj tersebut. Maka timbalan menteri badut daripada Bachok mengatakan Telcos membelakangi kerajaan. Padahal, menteri kabinet umno yang tidur kerana tidak mengikuti perkembangan semasa. Menteri Perdana pun bercakap dengan nada serupa . Seolah olah prihatin sangat dengan kenaikkan caj pra bayar padahal pada zaman dia lah semakin meningkatnya kos sara hidup.

Sebenarnya kenaikkan caj prepaid 6% tidak akan menjadi isu jika kerajaan mengambil langkah awal dengan memberi amaran kepada syarikat syarikat telekomunikasi beberapa bulan yang lepas. Namun, bila mana reaksi rakyat semakin marah kepada kerajaan. Baru lah langkah pro aktif dilakukan oleh kerajaan.

Nampak sangat kerajaan hanya berpura-pura prihatin dengan kesusahan rakyat. Tengok sajalah kenaikkan harga 2nd hand yang di impot dari luar negara. Disebabkan kenaikkan itu tidak mendapat bantahan meluas daripada rakyat maka kerajaan mengambil langkah mendiamkan diri...

Yang bodohnya rakyat terutama ahli umno yang berterusan menyokong kerajaan pencekik darah

Friday, September 9, 2011

Sejarah Merdeka dan Kisah Profesor Bangang

Rakyat Malaysia selama 54 tahun dihidangkan dengan sejarah bahawa negara malaysia merdeka daripada British pada tahun 1957. Semua yang tua, muda, kecil dan besar percaya bahawa negara sudah bebas dari cengkaman penjajah sejak 1957.

Ramai lah pejuang pejuang kemerdekaan seperti Tok Janggut, Mat Kilau, Dol Said, Ibrahim Yaakob, Ahmad Boestman, Syeikh Bakar Al-Baqir, Onn Jaafar dan Tunku Abdul Rahman diangkat sebagai pejuang bangsa kerana berusaha untuk memerdekakan Malaysia daripada penjajah.

Setelah 54 tahun merdeka dan rakyat dihidangkan dengan sejarah tersebut. Datang pula, Profesor si otak tumpul menyatakan bahawa Malaysia tidak pernah dijajah. Wahai profesor si otak tumpul, jika Malaysia tidak pernah dijajah. Kenapa kita rakyat Malaysia meraikan hari kemerdekaan pada 31 Ogos setiap tahun?

Yang menyebabkan kisah malang sejarah kemerdekaan dirampas oleh profesor si otak tumpul berterusan ialah peranan kerajaan yang membisukan seribu bahasa bila mana profesor si otak tumpul bercakap. Seolah olah mengiyakan apa yang mereka cakap.

Jika benar Malaysia tidak pernah dijajah dan kerajaan menyetujui saranan si profesor si otak tumpul maka usah lah buat sebarang perarakan kemerdekaan kerana ia hanya lah membazirkan wang rakyat. Buat apa nak sambut hari kemerdekaan sedangkan Malaysia tidak pernah terjajah.

Alangkah bodohnya rakyat Malaysia selama 54 tahun ditipu oleh kerajaan Barisan Nasional dengan merayakan hari kemerdekaan sedangkan mengikut kata profesor si otak tumpul Malaysia tidak pernah dijajah.

Saya sarankan kerajaan menarik balik gelaran profesor dan profesor emiriteus yang diberikan kepada kedua2 orang profesor terbabit kerana telah menghina rakyat Malaysia selama ini.

Geram...

Wednesday, August 24, 2011

Jalan gua musang ke kuala berang

Ingin saya meluah perasaan yang kurang selesa tentang perjalanan daripada gua musang ke kuala berang. Saya tidak pasti samada pihak JKR mengambil tanggungjawab di atas perkara ini ataupun jalan dalam felda aring sejauh 30km dibawah pengawasan lain.

Walaupun jalan dari gua musang ke kuala berang ialah berdekatan dengan felda paloh tetapi jalan tersebut belum lagi siap dan belum boleh dilalui oleh mana-mana kenderaan. Inipun saya kurang mengerti kenapa jalan belum siap tetapi tiada kemajuan dalam menyiapkan jalan tersebut. Jika ada pun, amat perlahan.

Manakala jalan alternatif melalui felda aring mempunyai pelbagai masalah dimana jalan rosak teruk tanpa sebarang usaha untuk di baiki. Ini amat berbeza dengan jalan melalui jabor - jerangau dimana jalannya siap diturap dalam masa 2 bulan sahaja.

Adakah ini satu kaedah anak tiri oleh kerajaan BN terhadap penduduk kelantan dan terengganu. Manakala jalan yang sudah berturap selepas felda aring ke kuala berang ada juga rosak di sana sini. Seolah- olah tiada usaha pembaikian jalan yang serius terutama jalan menghampiri tasik kenyir.

Ini sepatutnya menjadi jalan alternatif kepada sesiapa saja yang menghala ke terengganu daripada perak dan selatan kedah untuk menghala ke kuala terengganu, marang, dungun dan kemaman kerana menjimatkan masa.

Malangnya kita tidak mempunyai kerajaan yang prihatin untuk segera memperbaiki jalan-jalan tersebut walaupun ia amat penting untuk penduduk negeri terengganu.

Saya berharap pihak berwajib mengambil langkah segera kerana jalan alternatif ini sesuai terutama di hari raya aidilfitri dimana akan berlaku pelbagai kesesakan lalulintas

Monday, August 22, 2011

Cadangan kepada Kementerian Kesihatan Malaysia


Sekadar melontar pandangan dan cadangan kepada kementerian kesihatan Malaysia terutama dalam konteks pegawai perubatan untuk menyambung pelajaran ke peringkat sarjana ke atas.

Seperti yang kita maklum bahawa para pegawai perubatan (doktor) pelatih perlu berkhidmat selama 2 tahun di pelbagai jabatan di dalam hospital besar sebelum layak digelar pegawai perubatan (UD43). Kemudian, mereka ini akan dihantar ke hospital daerah untuk didedahkan dengan pelbagai pemasalahan secara umum kerana secara umum hospital daerah tidak ada jabatan-jabatan tertentu (specialization units).

Pegawai perubatan ini biasanya perlu berkhidmat untuk beberapa tahun sebelum boleh membuat permohonan untuk kembali ke hospital besar dan mendapat pengalaman dalam bidang yang mereka minati sebelum membuat keputusan menyambung pelajaran ke peringkat sarjana.

Tidak dinafikan proses tersebut amat baik untuk mendedahkan pegawai perubatan dengan reality sebenarnya. Cuma seperti yang kita semua sedia maklum terdapat kekurangan pegawai perubatan di sesuatu tempat, terpaksa berada di hospital daerah kerana komitmen terhadap suami/isteri/keluarga dan pelbagai masalah lain yang menyebabkan para pegawai tersebut tidak dapat kembali ke hospital besar untuk memahirkan kepakaran mereka dalam bidang yang mereka minati. Ada juga yang minat bidang lain tetapi terpaksa berada dalam unit lain.

Mereka ini ingin menyambung pelajaran dalam bidang mereka tetapi jika tidak cukup pengalaman dalam bidang tertentu maka permohonan mereka tidak akan diterima. Ditambah pula dengan persaingan yang kompetitif. Maka mereka ini biasanya akan terlepas peluang untuk menyambung pelajaran, pada yang terus setia akan kekal di dalam kerajaan. Manakala yang kecewa akan masuk bekerja di hospital swasta ataupun membuka klinik persendirian. Ini merugikan kerajaan kerana kerajaan berbelanja cukup banyak untuk menambah bilangan pegawai perubatan.

Alangkah lebih baik, pegawai ini diberikan juga keutamaan untuk menyambung pelajaran kerana ada pegawai perubatan yang masuk kali ke 4/5 tetapi masih tidak Berjaya memasuki program pengajian sarjana. Keadaaan ini amat merugikan. Ada pegawai perubatan berada dalam unit tertentu selama beberapa tahun tetapi oleh kerana tiada tenaga pakar dalam unit tersebut. Bila memohon untuk melanjutkan pelajaran maka permohonannya di tolak.

Selain daripada pelbagai merit seperti peperiksaan, temuduga, pembentangan kertas kerja dan sebagainya. Boleh juga keutamaan diberikan kepada mereka untuk menyambung pelajaran berdasarkan “senioriti”. Banyak agensi kerajaan yang mempertimbangkan kaedah tersebut. Ini tidak, pegawai perubatan yang masih muda dan junior dapat menyambung pelajaran ke peringkat sarjana kerana lulus peperiksaan dan temuduga serta ada kertas kerja. Manakala yang senior malah yang sudah mencapai UD48 masih belum berjaya untuk menyambung pelajaran walaupun sudah berkali kali memohon untuk meneruskan pelajaran ke peringkat sarjana

Kesukaran yang dihadapi oleh pegawai perubatan tersebut juga perlu dipertimbangkan untuk melayak mereka untuk menyambung pelajaran. Jika tidak, sampai bila pun masalah pegawai perubatan berpindah ke sektor swasta tidak dapat di atasi.

Sekadar luahan rasa

Sunday, August 21, 2011

Kembali Berblog

Salam

wah dah lama tak menulis tentang apa apa berkenaan dengan politik. Sekarang masa itu kembali berblog dan meluahkan perasaan. Pelbagai isu muncul akhir akhir ini, isu gereja, isu flip flop pemimpin tertinggi negara, isu "ali setan". Kehangatan politik semakin terasa, semakin hebat.

Manakala dalam sektor korporat dan ekonomi pula. Pembelian saham (share swap) MAS oleh Tony Fernandes dan Queen Park Rangers. Khabarnya untuk memulihkan prestasi kewangan MAS. Sama sama kita tunggu dan lihat. Manakala pembelian QPR mungkin dapat membantu merancakkan bola sepak Malaysia di samping menaikkan nama Air Asia.

Dalam perspektif ekonomi pula, ekonomi semakin merudum dan harga emas semakin meningkat naik. Satu khabar yang tak indah untuk pemimpin Umno/BN kerana setakat ini tiada lagi pilihanraya dilangsung ketika ekonomi kurang baik. Manakala diramalkan ekonomi akan terus merudum pada tahun 2012 dan tempoh mandat akan berakhir pada Mac 2013.

Mampukan BN yang kepalai oleh Umno menanti sehingga 2013, bagaimana pula dengan pemilihan dalam Umno. Mampukah ahli ahli umno bersabar untuk merebut pelbagai jawatan dalam parti. Satu perkembangan yang menarik kerana tidak mungkin ahli umno sanggup bersabar sehingga selepas Mac 2013, baru lah akan ada pemilihan agong umno.

Saya rasa Umno dalam keadaan serba salah untuk melakukan pilihanraya. Pelbagai isu timbul terutama kesan ekonomi. Ekonomi akan menjadi buruk pada 2-3 bulan terakhir. Peluang terakhir Umno untuk melangsungkan pilihanraya ialah November/ Disember 2011. Selepas itu, keadaan ekonomi sudah tidak menentu. Apapun, kita tunggu dan lihat strategi yang dilakukan oleh Umno

Setakat itu dulu, catatan untuk hari ini. Ketemu lagi. Insyallah