Wednesday, August 24, 2011

Jalan gua musang ke kuala berang

Ingin saya meluah perasaan yang kurang selesa tentang perjalanan daripada gua musang ke kuala berang. Saya tidak pasti samada pihak JKR mengambil tanggungjawab di atas perkara ini ataupun jalan dalam felda aring sejauh 30km dibawah pengawasan lain.

Walaupun jalan dari gua musang ke kuala berang ialah berdekatan dengan felda paloh tetapi jalan tersebut belum lagi siap dan belum boleh dilalui oleh mana-mana kenderaan. Inipun saya kurang mengerti kenapa jalan belum siap tetapi tiada kemajuan dalam menyiapkan jalan tersebut. Jika ada pun, amat perlahan.

Manakala jalan alternatif melalui felda aring mempunyai pelbagai masalah dimana jalan rosak teruk tanpa sebarang usaha untuk di baiki. Ini amat berbeza dengan jalan melalui jabor - jerangau dimana jalannya siap diturap dalam masa 2 bulan sahaja.

Adakah ini satu kaedah anak tiri oleh kerajaan BN terhadap penduduk kelantan dan terengganu. Manakala jalan yang sudah berturap selepas felda aring ke kuala berang ada juga rosak di sana sini. Seolah- olah tiada usaha pembaikian jalan yang serius terutama jalan menghampiri tasik kenyir.

Ini sepatutnya menjadi jalan alternatif kepada sesiapa saja yang menghala ke terengganu daripada perak dan selatan kedah untuk menghala ke kuala terengganu, marang, dungun dan kemaman kerana menjimatkan masa.

Malangnya kita tidak mempunyai kerajaan yang prihatin untuk segera memperbaiki jalan-jalan tersebut walaupun ia amat penting untuk penduduk negeri terengganu.

Saya berharap pihak berwajib mengambil langkah segera kerana jalan alternatif ini sesuai terutama di hari raya aidilfitri dimana akan berlaku pelbagai kesesakan lalulintas

No comments: