Thursday, April 29, 2010

Nasi Lemak

Hanya sekadar berkongsi tentang nasi lemak di Hotel Equatorial Cameron Highland..

Sedap memang sedap. Saya pernah cuba untuk pertama kali pada tahun 2007, bila saya cuba makan lagi baru- baru ini di sana pada 20 April 2010.

Rasa nasi lemak di situ tetap sama seperti dulu.

Apa resipi dan rahsianya, tidak saya ketahui?

Harap2 resipinya halal di sisi Islam.

Saya rasa jika nasi lemak macam tu dijual di mana2 kedai nasi, maka sambutan pasti hangat

Wednesday, April 28, 2010

Hulu Selangor Pasca Pilihanraya

Sepertimana yang kita semua maklum bahawa pilihanraya kecil Hulu Selangor sudah tamat pada 25 April 2010.

Keputusan jelas sekali memihak kepada Barisan Nasional (BN) dengan majoriti undi sebanyak 1,725 undi mengatasi Pakatan Rakyat (PR).

Sebagai pihak yang kalah, pelbagai analisis dikemukakan oleh PR tentang kekalahan mereka. Pastinya mereka menuding jari kepada BN tentang kekalahan tersebut tanpa melihat kelemahan diri sendiri.

Memang di akui, BN telah mengunakan segala jentera yang ada untuk memenangi pilihanraya tersebut. Namun, kemenangan sebanyak 1,725 undi tidak memadai dengan usaha-usaha yang BN lakukan untuk memenangi pilihanraya tersebut.

Ini kerana, Timbalan Pengerusi (TP) - BN telah meletakkan KPI sebanyak 6,000 undi manakala Pengerusi BN meletakkan sasaran 8,000 undi.

Apapun, tahniah untuk BN atas kejayaan tersebut. Walaupun pelbagai tuduhan dilontarkan oleh PR. Menang tetap menang walaupun mungkin mengunakan taktik kotor. Taktik tidak penting, yang penting adalah menang walaupun satu undi.

Masalahnya dengan PR, sukar menerima kekalahan terutama PKR. Bukankah sudah biasa pembangkang kalah. PAS berjuang selama hampir 50 tahun manakala DAP hampir 30 tahun. Sentiasa saja kalah.

Kalah tidak sepatutnya mematahkan semangat dengan membuat kenyataan kebudak-budakan. Terima dengan hati terbuka, simpan tenaga untuk berjuang di kemudian hari.

Saya juga turun ke Hulu Selangor walaupun saya bukanlah ahli mana2 parti politik tetapi saya seorang yang amat berminat dengan politik, mengikut perkembangan dan sebagainya.

Saya turun ke Hulu Selangor selama 3 hari berturut-turut. Walaupun, saya tidak berkemampuan untuk membuat analisis politik yang mendalam kerana saya bukan penganalisis politik seperti orang lain yang hebat2 semuanya.

Saya ingin berkongsi bahawa memang saya dapat rasakan PKR akan kalah berdasarkan pemerhatian saya ketika kempen pilihanraya.

Jika ada unsur sabotaj di dalam PKR, mungkin ia berlaku berdasarkan pemerhatian tersebut. Malah orang yang dituduh mensabotaj calon PKR - dato' zaid ibrahim tidak mengeluarkan sebarang kenyataan.

Adakah benar perkara tersebut?

Adakah DSAI berani mengambil tindakan terhadap orang yang dituduh mensabotaj?

Kita tunggu dan lihat...

Sementara itu, pilihanraya Sibu semakin hampir, maka lebih baik ditumpukan segala sumber untuk melawan BN di Sibu daripada mengeluarkan kenyataan menyalahkan BN itu dan ini.

Terimalah hakikat rakyat Hulu Selangor memberi peluang untuk BN yang mungkin mampu berubah.

Tumpukan kepada rakyat Sibu yang mungkin mahu bersama2 PR untuk menyelamat Malaysia daripada segala kebobrokan yang ada dengan sistem sekarang.

Berubah mengambil masa untuk menjadi elok, untuk cepat berubah. Sebab ada yang ingin kekal status-quo. Oleh itu, lebih baik kita tukar kepada entiti lain yang dirasakan lebih elok.

adios